Saturday, January 22
Wednesday, January 19
Saturday, January 15
one sweet day :)
hr yg ak x akn LUPA smp bila2..
knp???
sbb krn hr ni lah...
ak rs dpt SPENT TIME
ngn owg yg plg ak syg...
my shWeEt yeLLy mELLy jELLy cutTie mama....
only two of us...YES!!
we're goin bekfes +window shupink +
laughing + crying + sharing everything.....
all in ONE we've done together...
how sWeet....
seriusly its been a long long time..
kami x spent time mcmni..
masing2 sgt busy
plus dgn aku yg jarang blk umah..
if blk pn dia keja then mlm br blk...
if not... she's goin' to sumwhere..
sgt2 susah nk jmpa...
wat a busy women u mama....!!
im really2 missin' diz moment....
sangat!!!
ntah bila dpt rasa cmni lagi...
next week masing2 start busy blk...
my ma will goin' sumwhere...
dan ak xkn blk uma dlm tempoh yg tdkat ni..
hmm..
apapn aku rs sgt PUAS hari ni...
BEBAS!!!
she's not only my ma but my besh fwen too..
thnks for everything...
everythng dat u had done to me...
thnks for ur advised + ur supported
+ ur love too
u owez in my heart ma....
love u sho sho sho much!!!
mmmuuaahhh~
::nota hati:: syg x snap pic dat time...
coz of my BB was running low..huuu
bising dalam sunyi...
Aku mungkin bukan teman yang sempurna yang engkau cari…bukan jua yang terbaik antara semua…tetapi yang pasti…aku adalah teman yang akan selalu ingat padamu…yang akan berkongsi keperitan dn kesengsaraan yang kamu rasai… dan mungkin aku bukanlah seorang teman yang boleh dipercayai seluruhnya…cukuplah hanya menerima yang baik…andai itu dipancarkan oleh Allah swt kepadaku..yang kurang usah dihina tetapi diperbetul dan bimbinglah temanmu ini dalam perjuangan yang belum selesai dan yg tidak akan selesai…..~
Thursday, January 13
masa itu tisu???
Hurrmm…. Aku kembali mengeluh dengan aturan kehidupanku.. Aku kian letih dengan kehidupan sendiri.. Aku sendiri bingung.. Aku terlalu runsing dengan perjalanan masa harian aku.. Aku perlukan pengurusan masa yang sempurna.. Sebenarnya aku terlalu mengejar masa sehingga semuanya menjadi kelam kelibut.. Weeiii..Aku perlukan masa!! Bolehkah aku membeli masa?? Andainya masa dapat dijual.. Alangkah bodohnya si niaga masa itu.. Adeh!!
Kenapa aku boleh terlalu sibuk?? Aku bukanlah terlalu sibuk di kampus.. Malah aku juga bukan jenis yg buat2 sibuk sekiranya tiada benda yg perlu diselesaikan segera. Kalau ada dgr owg ckp “last minute person” ha kira utk aku lah tu… Aku pn tak tahu kenapa aku masih memerlukan masa… Mungkin kerana baru aku sedar yg aku sekarang di tahun akhir dlm pengajian aku… jadi sebenarnya mmg byk bnda utk aku siapkan… terutamanya bila aku perlu menyiapkan projek tahun akhir utk ijazah aku nnt.. aku rasa da terlalu lama aku berlengah2 tuk siapkan projek tersebut..Mgkn kerana masih menunggu mood yg sesuai tuk lakukan.. hahha pemikiran yg masih di tahap lapuk! jadi klu nk hrpkan mood..mmg smp bila2 la aku masih memerlukan masa….
Aku jugak tak tahu kenapa aku rasa makin hari makin malas!! Setiap hari jugaklah aku makin fed up!! Berputus asa dah mula merasuk otak kanan aku.. Tekanan pulak menjalar keresahan kat otak kiri aku.. Arghh!!! Peedap!!! Segalanya!!! huuuu!
Aku rs aku perlukan rehat…aku perlukan ruang dan waktu utk permasalahan ini..Ya.. Itulah yang terbaik.. Aku perlukan ruang untuk memperbaiki mutu hidup aku tanpa sebarang anasir permasalahan otak.. Aku kena mewaraskan kembali tunjang utama kekuatan aku itu.. Aku juga perlu mengkaji kembali adakah semua ini berbaloi??
Maka janganlah pelik andainya blog ini terlalu lama tidak di update.. Maaflah andai tidak berpuas hati dengan tindakan aku.. Aku sentiasa berusaha memasukkan entri2 yang menyenangkan.. Aku juga perlu berterima kasih pada pembaca setia dan pembaca senyap aku.. Aku gembira bila ada yang sudi membacakan ketukan jari aku ini.. Juga pada pengomen yang tidak membaca.. Hehe..Kasihku harap diterima.. *terima kasih la tu*..
Akhir sekali…aku makin pelik ngan bahasa aku skg ni..
Memang betul la aku sedang kusut.. uhuk!!
Sunday, January 9
tapecaye??
Dunia kami berbeza.. mungkn dia menilai sesuatu dengan berobjekkan sesuatu yang diluar jangkauan kemampuan aku. Dua jiwa yang tidak tahu, sama ada boleh disatukan ataupun cuma khayalan.
Gelap dunia bila dia diam untuk seketika.. apatah lagi jika untuk waktu yang lama. Mungkin apa yang aku rasa hanyalah sebuah sandiwara hati semata. Mungkin aku juga berkhayal dalam suasana gembira.. kegembiraan yang aku sendiri cetuskan dan bukannya buah tangan daripadanya.
Harapan yang lahir ini pun aku sendiri bangkitkan.. dan bukannya daripada apa yang dibalas dan diidamkan. Haha.. aku faham perasaan ini dan aku tak pasti sama ada dia merasai apa yang aku rasa.. aku cuma mampu mengharap walaupun aku bencikan pengharapan.
Menghargainya seperti aku menghargai diri aku sendiri. .kerana aku menilainya dari segi yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini. Segala yang aku lakukan terhadapnya lahir dari hati yg tulus ikhlas.. kerana apa?? kerana dia terlalu ISTIMEWA..








