mY L0vErS..

Friday, July 22

Cerita kita...


Aku harus terus menulis
Kerana menulis adalah mimpiku
Tapi..
Jika tulisanku adalah tangis..
Haruskah aku terus menulis?
Aku harus terus mencinta
Kerana cinta adalah roh dan
wujudku
Tapi..
Jika cinta adalah perih...
Haruskah aku terus mencinta??

Antara kita, ada perbezaannya. Kalau sekalipun manis, mungkin diriku tidak semanis gula. Tapi dirimu manis semanis manisan. Tetap ada perbezaannya. Cerita kita juga tidak semua mempunyai isian yang sama. Tetapi kita mempunyai perasaan yang sama, impian yang sama, kenangan yang hampir sama, pengisian jiwa yang sama. Tetapi ke manakah hala tuju kita yang sama itu.??Andai suluhan takdir berpihak kepada kita, pasti seisi alam gembira dikongsi bersama. Jika sebaliknya, pasti kecewa bertandang kembali. Aku... meratah lorong-lorong kehidupan cinta yang berliku sekali lagi. Meninggalkan jejak dunia yang penuh kepura-puraan. Menghamparkan kasih di muara yang masih ada tepiannya. Tetapi, adakah esok masih samar? - Cerita Kita

1 comment:

budak kampung said...

hidup x selalunya indah...
langit x selalu cerah...
suram malam tanpa bintang...
itulah lukisan alam.....

Related Posts with Thumbnails