mY L0vErS..

Tuesday, August 16

........

i’m so sorry.

Sorry!

I’m deeply am sorry!

Seriously, I’m sorry!

Sorry

and

just SORRY!

Walaupun aku tahu ianya tidak mencukupi...

Tuesday, August 9

hati2 menjaga H.A.T.I

mengapa hati ni sukar diramal? sukar diagak?

sukar untuk membuatkan tubuh ni berasa gembira?

mengapa perlu berduka sedangkan ada pilihan untuk gembira?

hati yang sukar diramal

hati yg sangat degil

hati yg sukar tuk dijangka

jangan ditanya kenapa

jangan ditanya mengapa

tiada jawapan untuk itu

sedar dengan satu kenyataan

untuk tetap ikutkan apa kata hati

apa yg boleh buat hati ini gembira sekarang

dan kemudian akan kecewa??

mungkin orang akan kata

bila diikutkan hati

ia akan bazirkan masa

tapi

perlukah hati ini pedulikan itu??

gunakan segala masa yang ada

hanya untuk mengembirakan hati ni

hati ni juga

mahu gembirakan orang2 yang dia sayang

walaupun kadang2 perit tuk terima

tapi

kedegilan hati ni

membuatkan diri sendiri merana

hari2 hati ini berdoa

agar segala keputusan yang hati ni buat

semuanya betul

semuanya akan ok.

kadang2 hati akan menidakkan

apa yang akal kata.

bukan kadang2..

selalunya..

tapi, hati telah memutuskan sesuatu

sebelum akal sempat membuat keputusan

hati dah membuat keputusan itu

mencurah segala rasa di hati

kepada apa…siapa..???

dan tidak mengetahuinya.

menyimpannya sendri sangat perit.

sangat2

tolong bagi hati ni sangat tabah.

sekuat2 nya.

berdoa…

agar segala keputusan hati ni betul saja…

Friday, August 5

semoga dipermudahkan..

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

sunyi...

...

...

...

sunyi.

...

perlahan-lahan bangun dari berteleku.

lalu mencapai kitab suci.

...

dan kembali menghadap kiblat.

...

bermula dengan lafaz

"Aku berlindung (dengan nama Allah) daripada syaitan yg direjam"

diikuti dengan

"Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Bacaan diteruskan..

...

hanya inilah ubat sunyi yang paling mujarab sekali.

...



tidak ada yang lebih dekat dihati….

dari membaca tinta Pencipta yang Maha Agung.

Tuesday, August 2

andai kau tahu..

apa khabar bulan..?

lama tidak bersua..

bukan tiada ingatan..

bahkan selalu sahaja

menyebut dan mengenang

yang jauh di sudut hati

kamu sihat bulan..?

lama tidak bertanya khabar..

bukan tak sudi tapi menjaga

kadang aku fikir kamu tak suka

kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku

lalu ku intai dari jauh

untuk nyata kamu sihat..

bagaimana hidup kamu bulan..?

lama kamu tidak bercerita..

tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu

selalu selepas solat ku

tanda ingatan hati buat mu

yang mahu melihat kamu bahagia

kerana bahagia mu bahagia ku jua

kamu ingat aku bulan..?

.. tak mengapa..

tak perlu kamu jawabnya

kerana memadai bagiku

pancaran sinar..

di kala kamu mengambang

aku rindu kamu bulan..

sungguh...

aku rindu..

Related Posts with Thumbnails