mY L0vErS..

Thursday, April 22

touching story~

Kali ni aku nak ceritakan kedaifan seorang hamba Allah yg sgt tabah menghadapi ujianNYA. Dari apa yg aku nmpk...cukup utk membuatkan aku menangis...sangat menyentuh hati dan sedikit sebanyak telah memberi aku keinsafan...


Baru2 ni aku pergi pasar malam kt area uma aku..Masa tgh jalan2 tu... tiba-tiba mata aku tertuju pada seorang anak kecil berumur sekitar tiga tahun yang menemani ayahnya yang kurang upaya(cacat pada kedua-dua belah kaki) menjaja untuk mencari sesuap nasi.Melihatkan keadaan ayah dan anak tu membuat hati aku tersentuh dan menangis dalam hati.Sungguh keadaan mereka membuatkan jiwa aku tersentuh.

Si ayah tidak menggunakan kecacatan yang dia hadapi sebagai batu penghalang dia untuk mencari rezeki yang halal buat dia sekeluarga.Dengan ketidakupayaannya aku melihat dia berjalan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil menolak gerobak kecil kerana si ayah kudung kedua-dua belah kaki sehingga paras peha dan si anak menuruti sahaja ayahnya dengan wajah yang sayu.Ya Allah sungguh pilu hati aku ni melihatkan keadaan mereka.

"Ya ALLAH berikanlah sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka seperti mana Engkau menyinari bumi ciptaan MU ini YA ALLAH" doa aku dalam hati..

Aku sengaja menghampiri mereka dengan harapan ingin membantu. Si ayah menyapa aku "dik beli dik?" aku melihat barang yang di jual seperti makanan ringan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli barang yang paling mahal di antara barang2 lain yg dijual. Si ayah tersenyum gembira pabila aku ingin membeli barang niagaannya.Kebetulan aku xde duit kecik nak kasi..jd aku suruh si ayah simpankn duit bakinya.. Sejujurnya..aku mmg tidak kisah,anggap sahaja dengan niat bersedekah.

Aku tabik dengan si ayah yang berhati waja dan tabah menghadapi dugaan hidup dalam keadaan seperti itu.Dia tidak menggunakan kecacatannya sebagai alasan untuk mengharapkan dari orang lain dan tidak berkerja.Dari situ aku mendapatkan pengajaran yang berguna iaitu janganlah mengharapkan bantuan dan ihsan dari orang selagi kita mampu untuk melakukannya.Tabah dan sabarlah menghadapi dugaan yang telah direncanakan oleh MAHA PENCIPTA kita ALLAH
s.w.t.


notahati: Ya Allah sesungguhnya aku amat bersyukur dgn apa yg telah Engkau kurniakan ke atas ku.... -Amin-

No comments:

Related Posts with Thumbnails