mY L0vErS..

Sunday, January 9

tapecaye??

Dunia kami berbeza.. mungkn dia menilai sesuatu dengan berobjekkan sesuatu yang diluar jangkauan kemampuan aku. Dua jiwa yang tidak tahu, sama ada boleh disatukan ataupun cuma khayalan.

Gelap dunia bila dia diam untuk seketika.. apatah lagi jika untuk waktu yang lama. Mungkin apa yang aku rasa hanyalah sebuah sandiwara hati semata. Mungkin aku juga berkhayal dalam suasana gembira.. kegembiraan yang aku sendiri cetuskan dan bukannya buah tangan daripadanya.

Harapan yang lahir ini pun aku sendiri bangkitkan.. dan bukannya daripada apa yang dibalas dan diidamkan. Haha.. aku faham perasaan ini dan aku tak pasti sama ada dia merasai apa yang aku rasa.. aku cuma mampu mengharap walaupun aku bencikan pengharapan.

Menghargainya seperti aku menghargai diri aku sendiri. .kerana aku menilainya dari segi yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini. Segala yang aku lakukan terhadapnya lahir dari hati yg tulus ikhlas.. kerana apa?? kerana dia terlalu ISTIMEWA..

No comments:

Related Posts with Thumbnails