mY L0vErS..

Monday, September 13

aKU mALu pAdaMu...

Hidup ini penuh dengan asakan. Ya... Aku tahu yang itu!!

Aku juga diuji dengan 1001 dugaan dan rintangan..

Hati tak sekuat mana untuk hadapi semua tu.. Semakin lama dugaan itu semakin hebat..

Kadangkala rasa ingin mengalah, kadangkala rasa suka untuk berhenti dan melupakan..

Tetapi setiap kali aku ingin mengibar bendera putih, sesuatu muncul di dalam hati. Aku rasa malu...


Malu dengan siapa?

Aku malu dengan Allah.

Ada waktu-waktu apabila aku rasa kesempitan. Bermacam-macam perkara yang datang menerjah.

Waktu itu aku rasa sangat sempit. Hati mula rasa gelisah..

Rasa macam lebih mudah jika aku menjerit-jerit dan menangis.

Tetapi setiap kali perasaan itu muncul, aku malu sendiri.

Kerana tiba-tiba akan muncul satu rasa, mengingatkan aku akan hari-hari gembira.

Ketika Allah memberikanku hari-hari kelapangan..

Dan bila saat aku lapang itu banyak..

Aku mudah lupa dan alpa untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan..

Lantas aku malu. Malu denganMu Ya Allah..

Ketika Dia yang memberikan aku sedikit kesempitan..

memberi kesedaran padaku agar belajar menghargai erti kelapangan.

Dengan nikmatNya yang menggunung banyak..

aku malu kerana terlintas di dalam jiwaku rasa ingin mengeluh dengan apa yang diaturkan..

Maka dengan itu, aku cuba tidak akan mengeluh. Kerana aku malu...

Maka aku menahan amarahku. Maka aku menyeka air mataku.

Kerana aku malu kepadaNya yang memberikan kebahagiaan yang banyak kepadaku...

Ada waktu, aku macam rasa tak berguna hidup ni. Rasa tak bermakna langsung.

Rasa macam hendak berhenti...

Kadang-kadang menangis rasa macam minta untuk dihentikan semua benda.

Buang dari segala-galanya..

Tapi kala itu, aku akan teringat segala kasih sayangNya.

Yang luas itu.

Yang tak ada sempadan itu.

Aku akan teringat keberadaanNya yang amat dekat denganku.

Aku jadi malu.

Aku banding-banding masalah yang ada padaku, dengan nikmat-nikmatNya.

Uh. Tidak terkira.

Aku hitung-hitung masalahku dengan kasih sayangNya.

Uh. Aku terasa.

Aku malu.

Akhirnya aku tidak jadi kecewa. Aku bangkit semula...

Meneruskan hidup yang berliku... tanpa mengucup putus asa.

Bila aku hendak berputus asa dengan kehidupan yang penuh dugaan ini..

aku ingat aku ada Dia. Dia bagi aku nikmat yang tidak terkira banyaknya.

Hingga aku tidak terhitung. Dia sayang aku dengan sayangNya yang tiada tepiannya..

hingga aku tidak mampu memeluk. Maka bila sampai saat aku rasa hendak berputus asa..

aku jadi malu untuk berhenti dari berusaha.

Aku malu, untuk bermukah dari cintaNya.

Maka di sini aku berdiri.

Bermusuh dengan kesusahan.

Kebal dengan cacian..

Menyah jauh putus asa dari kehidupan.

Kerana aku malu dengan Dia.

Dan malu aku itu, menghalang dari segala kejatuhan....

notahati:: redhailah perjalanan hidupku Ya Allah..~

No comments:

Related Posts with Thumbnails