Andai Lailatul Qadar Itu Milikku,
Ku sujud Syukur Dihadapan Tuhanku,
Menangis Memohon Kehidupan Yang Indah Buatku,
Agar Menjadi Hamba Allah Yg Setia Selalu.
Jika Ramadhan Terakhir Ini Buatku,
Maka Selayaknya Aku Merendah Diri Pada Kholiqku,
Padanya Ku Merintih Dan Mengadu Tanpa Malu,
Semata-Mata Buktikan Rindu Kasihku PadaMu,
Apakah Yang Aku Mahu Pada Saat Malam Seperti Itu,
Tiada lain Melainkan Buktikan Kehambaanku Pada Penciptaku,
Menyemai Perasaan Bertuhan Disejadah Solatku,
Memohon Munajat Sepuas Hatiku.
Kebaikan Seribu Bulan Yang Diibiratkan Itu,
Umpama Amalan Rahmat Memenuhi Ruangan Kalbu,
Sudah KuDambakan Bertahun-Tahun Yang Lalu,
Mana mungkin AkanKu Sia-Siakan Ianya Berlalu Sayu.
Ya Allah, Kurniakan Aku Malam Rahmat Penuh Barakah Itu,
Biar Aku Tenang Sampai Masuknya Waktu Subuh Berlalu,
Bersama Hembusan Rahmat Kasih Sayang Melalui MalaikatMu,
Menyentuh Jawarihku Yang Kian Merindu.
Ameen Ya Allah, Ameen Ya Rahman, Ameen Ya Rahim.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment