mY L0vErS..

Saturday, October 2

peperiksaan lagi??




Oh, lama jugak aku tak membuat apa2 post. Minggu ni, aku baru sahaja selesai beberapa paper exam.. Even time weekend pon exam masih lagi berjalan..Dalam tempoh sebulan akan datang, FINAL EXAM 4th YEAR ENGINEERING sedang menunggu! *alamak.. cuaknya*

Padanlah dengan muka aku, masih belum bersedia dari awal untuk exam2 ni. Memandangkan sgt busy dengan project, assignment.. lagi dgn penambahan subject!!! Entah apa nk jadi dengan result kali ni, tak mahulah aku fikirkan..kalau pasal result, eloklah kiranya aku bertawakal kepada ALLAH sepenuhnya. Masa jawab dah cuba sedaya upaya, tapi mana2 yg tak dapat nk buat macam mana, ilmu tu kan milik ALLAH..

Biasalah bila time exam...bila dah wt revision smp pagi..then bila soalan keluar lain dari apa yg kita revise tu mula la jadi nak serabut otak...tension x tntu hala...lbh2 lagi dah tahun akhir ni...mmg subject makin ssh dr semester yg sebelumnya..

*bagi aku memang susah setiap kali test sbb aku tak pernah selesai ulangkaji =P*

mcm biasalah..bila dah kuar je dari dewan exam..jmpa kawan2..ayt yg akn biasa aku dengar..

“@#$%%% lahh!! susah giler punya soalan! ntah apa2!! confirm fail!!”

” a ah la.. betul cakap k0! @@##$%%% betul!! buat penat je Aku stay up semalam, sekali keluar soalan perghhh..!!! mcm S**L”

Tp bila difikirkn balik..apalah gunanya bercakap perkara camtu yg x beri apa2 faedah pn...bagi aku lah...setelah kita berusaha dan berdoa, urusan yg selebihnya kita serahkan kepada ALLAH. Dan bila dikatakan berserah kepada ALLAH, maksudnya kita perlu redha dengan ketentuan ALLAH. Tapi bukanlah bermaksud kalau performance kita tak berapa memberangsangkan kita terus akur dan tidak mengambil sebarang tindakan. Cuma, perkara yg lepas mari kita jadikan pedoman dan pembakar semangat. Lalu bagaimana niat dalam belajar ini harus kita letakkan?

teringat pula aku dgn firman ALLAH dalam surah 57:22-23

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yg luput darimu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yg diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap yg menyombong dan membanggakan diri”

Maksudnya? Andai kata ALLAH berikan kejayaan kepada kita, seharusnya kita bersyukur dan merendah diri. Bersyukur kerana ilmu yg dipinjamkan-NYA. Bukannya bergembira hingga lupa menitipkan tanda kesyukuran kepadaNYA. Merendah diri kerana sedar bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ALLAH ambil semula. Sesungguhnya itu adalah mudah bagi ALLAH.


ermm...diharapkan exam kali ni lbh baik dr exam yg lepas2..semoga aku tenang dan dpt mengingati formula2 yg telah dipelajari dalam menghadapi exam nnt... insyaallah~



Nota hati:: doakan kejayaan bagi diri ini

1 comment:

cahaya chenta said...

kuatkn semangat n trus tawakal k..Allah akn tolong org2 yg ada di jalan yg benar..awk tgh berjuang ni tau...Good Luck!!!

Related Posts with Thumbnails